Rabu, 14 Oktober 2015

7 tips for final exam




1. Semak jadual
Menyemak jadual peperiksaan penting bagi menentukan masa cukup untuk belajar, khususnya pada saat-saat akhir ini. Latihan mesti diteruskan mengikut kertas peperiksaan yang akhir diduduki terlebih dulu. Ini kerana apabila tiba hari peperiksaan, calon akan belajar subjek yang akan diuji pada hari pertama peperiksaan.
Jika melakukan demikian, bermakna anda telah membuat persiapan yang menyeluruh dan tidak ada subjek tertinggal atau tidak dipelajari.
2. Kunci peperiksaan
Apakah kunci kepada peperiksaan? Peperiksaan menuntut calon membuat banyak latihan dan ulang kaji bagi mengingati pelajaran lalu, selain mengelak diri daripada lupa fakta ketika menjawab soalan.
Oleh itu, anda jangan jemu untuk terus membuat ulang kaji, terutama menggunakan kertas peperiksaan tahun terdahulu atau soalan seiras. Langkah itu akan membiasakan anda dengan soalan standard, di samping membolehkan ingatan anda kekal dan berpanjangan.
3. Tentukan keutamaan
Belajar pada saat-saat akhir juga perlu mengutamakan mata pelajaran atau kemahiran yang masih belum atau kurang dikuasai. dalam hal ini, jangan sekali-kali belajar subjek yang anda sukai saja, sebaliknya merangkumi semua.
Ini kerana setiap peperiksaan akan membabitkan semua subjek dipelajari di sekolah, bukannya berdasarkan minat seseorang calon.
4. Banyak mengingat dan membuat kaitan
Mengingat adalah satu perkara penting yang mesti dilakukan calon dalam menghadapi peperiksaan. Pelbagai cara boleh anda digunakan untuk mengingat, antaranya belajar berulang kali mengenai sesuatu kemahiran.
Apa-apa pun cara digunakan, terpulang kepada anda, asalkan ia dapat membantu mengingat dan membuat kaitan apabila diperlukan.
5. Merancang persiapan peperiksaan
Ada tiga perkara yang mesti diamalkan calon bagi menentukan kejayaan cemerlang dalam peperiksaan.
a. Pertama, sebelum peperiksaan khususnya dalam tempoh beberapa minggu ini, kuat dan tingkatkan usaha serta semangat dengan belajar secara berterusan.
Selain di sekolah dan rumah, anda seharusnya mengambil peluang memanfaatkan masa yang ada, tidak kira di mana saja berada dengan membaca nota ringkas yang disediakan sebelum ini. Ini akan membantu anda mengingati semula apa yang telah dipelajari.
Dalam pada itu, kesihatan diri jangan diabaikan. Walaupun bersemangat untuk menduduki peperiksaan, janganlah keterlaluan hingga lupa makan dan minum. Ini kerana keadaan itu boleh menyebabkan anda jatuh sakit.
Tidur hendaklah mencukupi supaya anda sentiasa selesa dan dapat memberi tumpuan terhadap pelajaran sama ada ketika di sekolah mahupun sewaktu belajar sendiri di rumah. Kesihatan tubuh badan yang baik amat perlu, apatah lagi akan menduduki peperiksaan.
Buat seketika, lupakan dulu perkara-perkara lain yang anda minat, sebaliknya manfaat masa yang ada dengan mengulang kaji pelajaran. Ini kerana semua perkara itu boleh dilakukan kemudian berbanding peperiksaan yang kata orang sekali seumur hidup. Jangan lepaskan peluang keemasan itu.
Begitu juga dengan pengambilan makanan, seharusnya ia seimbang. Dalam masa beberapa hari ini juga, anda seharusnya makan makanan yang berzat dan boleh membantu mengembang dan mencergaskan minda anda.
Setelah segala persiapan diri sudah dilakukan, anda perlu pastikan keperluan peperiksaan yang lain tidak dilupakan, antaranya peralatan menulis khususnya pensel 2B, pemadam dan penajam pensel, jika tidak sediakan beberapa batang pensel. Pastikan peralatan ini disediakan lebih awal dan tidak lupa dibawa pada hari peperiksaan.
Sebaiknya tidurlah lebih awal pada malam hari peperiksaan. Langkah itu perlu supaya anda berasa segar dan dapat menghadapi kertas peperiksaan dengan tenang tanpa sebarang masalah.
b. Kedua, pada hari peperiksaan. Bangun dan pergi ke sekolah atau dewan peperiksaan lebih awal, bagaimanapun pastikan anda bersarapan terlebih dulu. Jika anda bangun lewat, bukan saja tidak sempat bersarapan, malah akan tergesa-gesa ke sekolah.
Ingat, perbuatan tergesa-gesa menjanjikan pelbagai masalah, antaranya membuatkan anda panik lalu tidak dapat menumpukan terhadap peperiksaan.
Sebelum itu, jangan lupa bersalaman dengan ibu bapa dan minta mereka mendoakan kita dapat menjawab soalan dengan jayanya.
Ketika berada dalam dewan peperiksaan, anda hendaklah dalam keadaan tenang dan anggaplah peperiksaan itu sebagai perkara biasa. Untuk menenangkan diri jika menggelabah, anda tariklah nafas panjang-panjang. Langkah itu membantu jantung anda mendapat bekalan oksigen yang mencukupi, sekali gus menghilangkan rasa gugup dan bimbang.
Apabila menjawab soalan, sekali lagi anda perlu tenang. Setelah diberi kebenaran oleh pengawas peperiksaan, jawablah soalan yang anda fikir mudah dulu. Jangan guna masa terlalu banyak untuk menjawab soalan sukar itu, sebaliknya terus selesaikan soalan lebih mudah. Soalan susah yang ditinggalkan sementara itu jangan diabaikan, tetapi dibuat kemudian.
Jika menjawab soalan objektif, ketelitian amat perlu. Menentukan pilihan jawapan yang tepat amat penting. Pastikan jawapan yang kita pilih dalam kertas soalan sama dengan huruf pada kertas jawapan. Seandainya tersalah tanda, padamkan betul-betul sehingga hilang tanda hitam pensel
Walaupun sudah yakin jawapan yang diberi, baik bagi soalan objektif mahupun subjektif, semakan sebelum kertas jawapan diserah kepada pengawas peperiksaan adalah perlu dalam memastikan semuanya betul dan sudah dijawab. Oleh itu, peruntukkan sedikit masa untuk tujuan semakan terakhir.
Pembahagian masa yang betul amat perlu ketika menjawab soalan. Gunakan masa yang diperuntukkan dengan berkesan. Jangan sekali-kali alpa atau khayal sewaktu menjawab kerana langkah itu akan merugikan anda.
c. Ketiga, selepas peperiksaan. Setelah menduduki sesuatu kertas peperiksaan, anda tidak digalakkan berbincang dulu dengan rakan atau sesiapa mengenainya. Ini perlu bagi mengelakkan perasaan kecewa jika didapati jawapan anda terpesong atau salah.
Jika ini berlaku, anda mungkin hilang semangat atau fikiran terganggu ketika menjawab kertas soalan berikutnya. Sebaiknya, bincang kertas soalan itu setelah peperiksaan berakhir.
Langkah terbaik, beri tumpuan penuh untuk menjawab soalan, bukannya menyemak jawapan.
6. Elakkan terbabit dengan situasi yang boleh mengganggu perasaan
Menjelang peperiksaan, pelbagai dugaan mungkin dihadapi. Oleh itu, anda seharusnya sentiasa bersedia menghadapi apa saja dugaan yang boleh mengganggu perasaan. Selepas menunaikan solat lima waktu, berdoalah supaya Allah SWT tenangkan perasaan dan dapat fokuskan tumpuan terhadap peperiksaan.
7. Berdoa dan bertawakal
Sering kali kita was-was ataupun tidak yakin dengan apa yang dilakukan. Dalam hal peperiksaan, anda tidak seharusnya kurang yakin dengan kemampuan diri jika sudah membuat persiapan rapi sejak awal lagi. Sepatutnya kita berdoa dan tawakal kepada Allah SWT kerana usaha itu adalah senjata terakhir bukan saja untuk membina keyakinan diri, malah mencapai kejayaan.
Itulah di antara tip-tip yang boleh digunakan oleh pelajar sebagai panduan persedian dan meghadapi peperiksaan tidak lama lagi. Di harap dengan panduan tip-tip di atas, pelajar-pelajar akan berkeyakinan dan membuat persiapan yang cukup untuk menghadapi ujian itu nanti.

Rabu, 7 Oktober 2015

JEREBU

                  


                        APA ITU JEREBU?
Jerebu ialah satu fenomena di mana habuk, asap, dan zarah-zarah kering yang lain berkumpul di udara, menyebabkan penglihatan yang kurang jelas dan jarak penglihatan yang berkurangan. Ini berlaku apabila keadaan cuaca menghalang bahan pencemaran ini daripada disebarkan secara meluas. Apa yang berlaku ketika jerebu ialah bahan pencemaran ini bertumpu kepada sesuatu kawasan dan menyelimutkannya dan ini secara umumnya mengakibatkan pemandangan yang kurang jelas dan juga boleh menjadi satu ancaman kesihatan terutamanya kesihatan sistem pernafasan. 

Jerebu boleh berwarna coklat atau biru dan bergantung kepada saiz zarah, jerebu tidak selalunya boleh dilihat dengan mata kasar.



Jerebu menyelubungi bandar Kuala Lumpur.
Photo taken August 10, 2005 in Kuala Lumpur (Malaysia) with a Sony DSC-P43. 


 Apa yang menyebabkan Jerebu?
Jerebu boleh disebabkan oleh tindakan manusia serta sebab-sebab semula jadi. Tindakan ini biasanya menyebabkan habuk, asap dan lain-lain zarah kering dilepaskan ke udara. 
Contoh tindakan-tindakan ini ialah: 

Jerebu Buatan manusia 
- Pembakaran terbuka
 - Pencemaran Kenderaan 
- Pencemaran Perindustrian 
- Pertanian (cth. pembersihan tanah) 

Jerebu punca Asli
 - Kebakaran Hutan 
- Habuk yang dibawa angin.

 Terdapat beberapa faktor-faktor lain yang diperlukan untuk mewujudkan keadaan yang sesuai untuk berlakunya jerebu. Ini termasuk cuaca kering yang berpanjangan, ketiadaan atau sedikit angin, dan bekalan bahan pencemar di udara. Dalam keadaan sebegini, -zarah-zarah di udara terperangkap, tertumpu dan tidak disebarkan atau dileraikan dan ini menyebabkan jerebu. Di Semenanjung Malaysia, jerebu biasanya berlaku pada bulan-bulan Januari hingga Februari dan Jun hingga Ogos kerana cuaca pada masa-masa itu secara umumnya kering dan tidak berangin. Kebakaran hutan samada buatan manusia atau semulajadi yang berlaku pada masa ini sering menyebabkan jerebu






 Gambar satelit menunjukkan asap daripada kebakaran terbuka di Indonesia bergerak ke Singapura dan Malaysia, mengakibatkan jerebu yang teruk



Masalah Jerebu
Jerebu adalah satu masalah yang meruncing di Malaysia dan negara-negara lain di Asia Tenggara terutamanya dalam tempoh dua dekad yang lalu disebabkan pembersihan hutan di Indonesia dengan kaedah pembakaran terbuka. Ini adalah sesuatu masalah yang masih berterusan dan sedang ditangani oleh negara-negara ASEAN.

Jerebu yang disebabkan oleh pembakaran hutan secara luas boleh menjadi teruk dan berpanjangan. Pendedahan jangka panjang kepada jerebu sebegini boleh memudaratkan kesihatan. Semasa jerebu, sering terdapat peningkatan dalam masalah kesihatan berkaitan mata dan tekak berserta masalah pernafasan, khususnya di kalangan mereka yang lebih sensitif atau sakit. Orang ramai digesa untuk memantau kualiti udara di kawasan mereka dan mengikut nasihat pihak berkuasa kesihatan tempatan. Adalah menjadi kebiasaan untuk berada di dalam rumah dengan pintu dan tingkap tertutup dan memakai topeng yang patut ketika jerebu teruk




Indeks Pencemaran Udara Indeks Pencemaran Udara (IPU) adalah satu cara untuk menggambarkan kualiti udara di Malaysia. Indeks IPU dikira dari beberapa set data berkenaan pencemaran udara termasuk mengukur jumlah karbon monoksida, ozon, nitrogen dioksida dan sulfur dioksida di dalam atmosfera. Data IPU terkini untuk Malaysia boleh diperolehi daripada laman web ini: http://apims.doe.gov.my/apims/.
Pengelasan tahap kualiti udara mengikut IPU adalah seperti berikut: 

Nilai IPU              Status
 0 - 50                   Baik 
51 - 100            Sederhana
 101 - 200        Tidak Sihat 
201 - 300     Sangat Tidak Sihat 
301 - 500         Berbahaya 






Jerebu boleh menyebabkan masalah kesihatan terutamanya kepada:
-Kanak-kanak.
-Orang tua
-Pesakit lelah
-penyakit pernafasan lain 
-Perokok 

Antara gejala akibat pendedahan kepada jerebu ialah: 

  • Iritasi kerongkong dan batuk-batuk 
  • Kesukaran bernafas atau hidung tersumbat
  •  Iritasi di mata serta mata yang merah 
  • Kulit terasa gatal   
Antara perkara yang boleh dilakukan untuk mengelak masalah-masalah di atas ialah: 
  • Jangan keluar rumah serta tutup semua pintu dan tingkap
  •  Pakai topeng muka yang mempunyai penuras jika terpaksa keluar
  •  Kurangkan pengunaan kenderaan terutama motosikal 
  • Sentiasa basuh bahagian yang terdedah; 
  • mandi Selalu minum air
  •  Sediakan ubat jika anda mempunyai penyakit pernafasan





Bagaimana Jerebu Boleh Dileraikan Jerebu di atmosfera boleh dileraikan melalui beberapa proses. Antara cara-caranya adalah seperti berikut:

- Zarah jerebu yang lebih besar akan jatuh ke tanah atau ke atas mana-mana permukaan disebabkan daya tarikan graviti.

 - Zarah jerebu halus membantu pembentukan titisan air yang akhirnya akan jatuh ke tanah sebagai hujan.

 - Hujan juga mengumpul dan membawa bersamanya zarah jerebu dari atmosfera ke tanah. 

- Ribut dan angin boleh membawa zarah jerebu tinggi ke atmosfera di mana ia akan tersebar luas. 




CEGAHLAH PENYAKIT AKIBAT JEREBU. IKUTI NASIHAT BERIKUT:


  • - Mereka yang mengalami penyakit-penyakit seperti batuk, selesema, asma, sakit mata, sakit jantung atau penyakit paru-paru yang kronik hendaklah datang ke klinik dengan segera jika keadaan penyakit bertambah buruk. 
  • Mereka yang di dalam kumpulan berisiko tinggi hendaklah sentiasa mengambil ubat seperti yang dinasihatkan. 
  • Penutup hidung dan mulut ( mask) hendaklah digunakan oleh semua penunggang motosikal, mereka yang bekerja di luar bangunan atau di tempat-tempat yang berhabuk dan juga mereka yang dikenalpasti sebagai kumpulan berisiko tinggi. 
  • Sejauh yang boleh, orang ramai dinasihatkan supaya tinggal di dalam bangunan atau rumah. 
  • Kurangkan aktiviti-aktiviti di luar rumah seperti sukan. 
  • Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa membasuh muka dan bahagian kulit yang terdedah kepada jerebu dengan air bersih. 
  • Gunakan kemudahan hawa dingin sekiranya menaiki  kenderaan anda.
  •  Orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa meminum air yang banyak ( sekurang-kurangnya 8 gelas sehari) 
  • Sekiranya keadaan jerebu berterusan pada tahap berbahaya ,mereka yang berisiko tinggi dinasihatkan keluar  dari  kawasan tersebut.







Isnin, 7 September 2015

Taj Mahal "keindahan monument of true love"


Taj mahal adalah salah satu tujuh keajaiban dunia Dan menjadi Tapak Warisan Dunia yang telah diisytiharkan oleh UNESCO pada tahun 1983.Kisah tentang cinta Shah Jahan dan Mumtaz.Shah Jahan sanggup membina istana yang dikenali sebagai Taj Mahal untuk Mumtaz.Actually,Taj Mahal tu makam yang dibina untuk Mumtaz oleh Shah Jahan.Mumtaz meninggal dunia kerana melahirkan anak mereka yang keempat belas.Taj Mahal ini dibina menggunakan lebih daripada empat belas jenis batu termasuk emas,intan,berlian,jed,nilam dan sebagainya.Taj Mahal dibina mengambil masa yang lama.Kalau tak silap, 22 tahun makan masa untuk membina makam yang secantik dan seindah itu.Marmar putih yang menghiasi setiap dinding istana itu kelihatan bersinar dan berkilauan apabila terkena panahan cahaya matahari.Istana ini dibina sejak tahun 163I dan siap pada tahun 1648.Taj Mahal mampu memukau setiap mata yang memandang dengan rekaannya yang unik.Tak heranlah kalau Taj Mahal nih diberi nama "monument of love" sebab istana tu dibina atas dasar cinta seorang suami kepada isterinya yang meninggal melahirkan anak mereka.Walaupun cintanya agak sadis tapi itulah bukti cinta sejati seorang suami kepada isterinya walau terpaksa menempuh pelbagai rintangan untuk membina istana secantik itu.Pembinaan ini ditentang oleh anak Shah Jahan iaitu Aurangzed dan Shah Jahan dikurung di dalam Agra Fort oleh anaknya itu.Tetapi Taj Mahal tetap dibina.Dalam istana itu juga terdapat tulisan khat yang terukir ayat ayat Al quran sebagai lambang kegemilangan Islam ketika pemerintahan Shah Jahan.

Rabu, 2 September 2015

MY DAD IS MY HERO


My dad is my real hero because he is the most special person in my life.He is the best father ever.During weekdays,we spend our lersure time together.He tried his best to keep my family happy.He works hard to earn money for my family.He loved me a lot and always try to cheer me up whenever I am in a sad mood.He always taught me good values and not spoiling me by buying me all the things that I wanted.But at the same time he had gift me many things that I always wish to have.He tried  to make my wish come true.My dad has always tried his level best to make me a good human being.I am his only daughter.He is very careful regarding what I eat.He always insists me to eat healthy stuff such as fruits and vegetables that are rich in  vitamins and minerals.he is an extremely dad.I always enjoy spending time with him and learn new things with hi.My dad helps me in my studies too.HE IS THE MOST PRECIOUS GIFT FROM GOD TO ME.He is a loving father and the most gracious person i have ever seen in my life.He wants me to become a good human being like him.That is why he always teaches me differentiate between wrong and right.everyday he takes out little time for me in the night to acknowledge my day to day activities and problems if any.He is my best friend.I can discuss everything with him without any hesitation.Things that I fail to reveal out to my close friend.I can easily discuss them with my dad.Whenever I need his help he always available for me.He like a hero to me.He is a funny,cool,adventurous and loving.He taught me what life is all about.But when I was at the age of 8,he gone.He told me to study hard and take care of my family properly.He is very confidence that his efforts to make me a good human being will never go in vein. Seeing his confidence in me some day I want to make him proud.I thanks God for giving me such a loving and caring father.I also wish to see him in there..

Jumaat, 28 Ogos 2015

KARANGAN KEMERDEKAAN!

                                                    
   
 
  -pendahuluan
  -isi1

      Sambutan kemerdekaan di sekolah dapat mewujudkan semangat patriotisme dan cinta akan tanah air dalam kalangan pelajar.Kita telah bebas dari penjajahan dan tidak dibelengu oleh kuasa asing.Dengan ini,pihak sekolah haruslah menganjurkan aktiviti seperti mendeklamasi sajak dan menyanyikan lagu patriotik. Jadi,semangat patriotisme dapat melahirkan generasi yang tidak lupa akan usul sejarah kemerdekaan Malaysia.

  -isi 2
        Kita juga perlulah menghargai dan mengenang jasa para pejuang tanah air seperti tok janggut,tok bahaman serta mat kilau.Kita dapat merasai susah payah dalam mempertahankan kedaulatan negara.Oleh yang demikian,para pelajar boleh mengadakan lawatan ke muzium dan tempat tempat bersejarah serta mengadakan lakonan semula mengenai sebelum kemerdekaan.Tuntasnya ,pelajar dapat menghayati dan merasai pengorbanan tokoh tokoh yang baik berjuang untuk kemerdekaan tanah melayu.

-isi 3
       Selain itu,sambutan tersebut dapat mewujudkan semangat perpaduan antara kaum.Justeru itu,sifat perkauman dan permusuhan dapat dielakkan seterusnya mewujudkan masyarakat yang aman damai.Sehubungan itu,pihak sekolah perlulah mengadakan aktiviti seperti perarakan beramai-ramai sambil mengibarkan bendera Malaysia.

isi-4
       Akhir sekali,kita juga dapat melahirkan masyarakat yang dapat mempertahankan dan mengekalkan kemerdekaan.Secara tidak langsung,negara akan lebih berkembang dalam semua aspek sama dari segi ekonomi,politik mahupun sosial.Jadi,para pelajar boleh turut serta dalam pertandingan seperti kuiz dan lain lain bagi memastikan diri lebih bertanggungjawab dan mempunyai jati diri yang tinggi.Maka,masyarakat yang berwawasan tinggi dan sayang akan negara dan keamanan negara akan terpelihara.

-penutup


merdeka✊merdeka✊ merdeka✊

Rabu, 26 Ogos 2015

LIFE MUST GO ON !

Puteri Dieya  


@PU3_DIYA


@PU3_DIYA
life is art of drawing with no eraser